Published November 21st, 2008 by adib.

Bagi pengguna Gmail tentu ada perasan yang Google telah memperkenalkan fungsi tema untuk Gmail. Tujuannya ialah untuk menceriakan
inbox anda. Google telah membangunkan kesemua tema tersebut, walau bagaimanapun terdapat tiga tema sahaja yang dibina oleh artis luar, antaranya ialah;
1. Phantasea Renewal oleh Matthew Ferreira;
2. Summer Ocean oleh Jim Honeycutt;
3. dan yang terakhir ialah Cherry Blossom oleh Vania Sofandi
itu saja, apa kata anda cuba. Bling-blingkan Gmail anda.
Published November 20th, 2008 by melayubuntu
Ubuntu untuk semua manusia dan saya tegas dengan pendapat tersebut. Namun jika anda merasakan ubuntu bukan untuk anda selepas memasangnya melalui cara dualboot, cara membuang terus partition ubuntu bukan satu penyelesaian yang bijak. Ini kerana ketika pemasangan ubuntu GRUB telah mengantikan MBR (512 byte 1st boot sector dalam data storage seperti HD ect) dan membuang ubuntu bermakna anda juga membuang GRUB.
konsep asas proses booting ke ubuntuRecover MBR menggunakan Windows Installation CDSelepas anda membuang ubuntu, anda akan mendapati anda tidak lagi boleh boot (masuk) kedalam windows. Penyelesaiannya, anda perlu mengembalikan MBR yang pernah digantikan oleh GRUB. Apa yang ada perlukan ialah Windows Installation CD yang anda perolehi semasa membeli komputer (atau yang anda perolehi dengan harga RM15 di kedai-kedai tertentu).
Cara-caranya;
1.Masukkan CD windows tadi kedalam drive dan apabila menu pertama keluar tekan butang "r" pada keyboard untuk masuk kedalam recovery console.
2.Pilih partition yang mempunyai windows didalamnya (pastikan anda tahu partition mana) dan masukkan administrator password jika perlu.
3.Masukkan command berikut;
C:\> fixmbr
C:\> fixboot
C:\> bootcfg /rebuild
C:\> exit
Selepas memasukkan bootcfg, kemudian anda ditanya tentang load identifier. Taipkan apa sahaja seperti "windows" atau "windows sucks" atau apa juga yang anda suka. Pada OS Load Options, sila biarkan ia kosong tanpa memasukkan apa-apa dan tekan ENTER.
Anda akan boleh masuk kedalam windows sebaik selepas anda reboot/restart komputer anda.
Anda juga boleh
recover mbr menggunakan
ms-sys menggunakan live cd gutsy gibbon kebawah. Mengapa? Dalam versi Hardy dan Intrepid, tidak ada lagi package ms-sys kerana microsoft tidak membenarkan package tersebut digunakan oleh pengguna ubuntu atas sebab ia mempunyai kod msdos(lu pikir la sendiri!).
Rujuk untuk rocover MBR menggunakan Live CD Ubuntu.Recover GRUB (Memasang windows selepas ubuntu)
Saya telahpun menulis tentang perkara ini dalam entry berikut :
Reinstall GRUB LoaderSemoga tulisan ini bermanfaat.
Published November 20th, 2008 by melayubuntu
Musim hujan datang lagi. Saya di terengganu sememangnya cukup biasa dengan suasana ini. Hujan tanpa henti, paras air di sungai, paya, parit meningkat. Kanak-kanak kegirangan kesana kemari bermain air bah. Kalaulah masih kanak-kanak rasanya ingin gak join sekaki dua. Apakan daya umur dah meningkat, janggut dah melebat. Tak tergamak la pulak.
Altenatif? Saya suka duduk depan laptop dan bermain
gbrainy. Tak ada grafik 3d, sound effect yang hebat. Hanya text dan gambar penuh makna.

Ada 3 kategori kuiz iaitu logic, calculation dan memory. Jika anda pernah mengambil mana-mana IQ test sebelum ini, anda tentunya sudah biasa dengan bentuk soalan yang ditanya. Sememangnya menguji tahap pemahaman, cara berfikir, dan IQ anda.

Sambil makang ubi kayu rebuh cicoh nyor, jom tajamkan IQ masing-masing dimusim hujan ini. Ahaks!
Published November 19th, 2008 by melayubuntu
Apa itu
Dropbox?
Cara mudah berkongsi dan menyimpan fail anda secara online.
Kebaikan Dropbox?
- Senang diurus: Senang digunakan dan ia buat kerja pada background
- Senang dikongsi : Berkongsi fail dengan sesiap sahaja dengan 2 klik
- Sync secara automatik : Letakkan kedalam dropbox folder dan ia akan auto sync
- Photo : Generate photo anda secara automatik dan boleh dikongsi dengan orang lain
- Access ke fail anda dimana sahaja anda berada

Selepas memasang (
klik disini untuk proses pemasangan) dropbox dalam ubuntu, restart dan dropbox akan mendownload beberapa fail setting ke ~/.dropbox. Selesai sahaja proses itu, satu folder bernama Dropbox dalam direktori home dan muncul tetingkap untuk setup akaun. Dropbox sangat mudah, hanya perlu drag&drop fail kedalam folder dropbox untuk uploadnya ke server. Bagi setiap akaun, anda mempunyai ruang sebanyak 2GB.

Fail sedang di sync dan selesai syncTidak kira sistem operasi apa anda gunakan, anda boleh gunakan dropbox menggunakan akaun yang sama dan sync fail anda dengan server.
Panggilan untuk penulis EMAJ
Buat waktu ini, pembangunan Emaj sangat perlahan. Beberapa perkara masih tidak dapat diselesaikan dan antaranya ialah berkaitan kolaborasi. Oleh kerana dropbox menyediakan platform yang sangat memudahkan fail-fail dikongsi secara online dan offline, maka saya akan menggunakan dropbox dalam pembangunan emaj. Setiap penulis emaj harus memasang dropbox dan memasukkan fail yang telah diedit ke folder dropbox supaya fail berkenaan boleh dikongsi dengan penulis lain.
Saya melihat cara ini jauh lebih efektif dan menjimatkan masa disamping memudahkan perkongsian fail. Kepada penulis emaj, sila rujuk lanjut berkenaan dropbox. Nanti saya akan invite anda ke share folder saya dan disitu semua fail untuk emaj edisi kedua akan diletakkan.
Kepada pembaca yang ingin menyumbang dalam pembangunan emaj, sila hantar email kepada saya dan nyatakan dalam aspek sumbangan yang ingin diberikan.
Sila respon jika ada pertanyaan, cadangan dan sebagainya.
Published November 19th, 2008 by Jom Linux - Portal Informasi Linux Malaysia
Ketika saya melayari laman web blogger komputer gak, zon komputer. Saya tertarik dengan artikelnya yang dilampirkan video youtube bagaimana tentang masalah yang sering dihadapi oleh pengguna Linux. Apa pun dengan nada sinis video ini mampu menarik lebih ramai org untuk menggunakan Linux. Sila saksikan.
Published November 19th, 2008 by melayubuntu
Published November 18th, 2008 by melayubuntu
Lihat High Res version
disini.
Saya sukakan endingnya. Hepi ending. ahaks!
Published November 18th, 2008 by melayubuntu

Klik imej untuk download!
Bagaimana kalau anda adakan ubuntu install fest ditempat anda? Jika anda tidak mempunyai dokumen sesuai untuk tujuan itu, saya telah siapkan satu panduan pemasangan ubuntu yang diharap dapat memberi guna untuk peminat ubuntu yang newbie. Sebenarnya saya cuba siapkan panduan ini sebaik sahaja ubuntu 8.10 diterbitkan pada 30 oktober yang lalu. Namun oleh kerana kekangan masa yang tidak mengizinkan, niat tersebut terpaksa ditangguh hingga ke hari ini.
Apapun kini panduan itu telah siap dan bersedia untuk didownload. Semoga bermanfaat kepada semua - khas dari melayubuntu.
Published November 17th, 2008 by melayubuntu
Conky ialah aplikasi system monitor yang ringan bagi X yang memaparkan maklumat tentang sistem komputer anda. Menariknya, anda boleh meletakkan conky pada desktop tanpa memerlukan tetingkap.
Pasang conky dengan klik :
Conkyatau masukkan
sudo apt-get install conky
Sebaik sahaja selepas proses pemasangan anda boleh melancarkan conky dengan Alt + F2 dan masukkan conky. Anda akan melihat sesuatu seperti berikut;
Untuk meletakkan conky pada desktop, anda perlukan fail bernama ".conkyrc" dalam direktori home dengan coding tertentu yang bakal menentukan penampilan conky anda.
Download fail berikut :
conkyrcNamakannya ".conkyrc" (tanpa quote) dan letakkan dalam home direktory. Restart conky dan anda akan melihat seperti berikut;

Coding dalam .conkyrc boleh diubah-ubah dan ianya bakal menentukan betapa geeknya diri anda. Ops, satu lagi, anda mungkin perlu tetapkan pada session supaya conky akan run setiap kali desktop ubuntu dihidupkan. Amacam?
Published November 17th, 2008 by Jom Linux - Portal Informasi Linux Malaysia
It's been a year and a half or so since my last Puppy Linux review. Then, I tested Puppy 2.1. Today, Puppy has reached version 4.1 - and boy, has it grown.
Puppy Linux is an amazing distro. If my last review has not totally convinced you, spend a minute or two