Enable Proxy Support for Prism

Published August 27th, 2008 by fenris
Ubuntu

Prism is built on Firefox engine but has none of the Firefox bells and whistles.. There is no way you can directly change any settings. I am behind a proxy most of the time so I tried to figure out a way to setup the proxy for Prism. The method is not very intuitive but here it is.

  1. Run prism. The following dialog should pop up.

    Type about:config into the URL field. Give it a name like config and enable the check box Desktop to create a desktop icon. Click OK.
  2. Once the above steps are done, an icon named config would have been created on your Desktop.
    Double click that shortcut to see the following window.

    Click “I’ll be careful, I promise!” button to show the main configuration screen.
  3. Type network.proxy into the Filter field.
  4. Double click on network.proxy.type and give it anyone of the following values:
    0 - Direct connection, no proxy. (Default)
    1 - Manual proxy configuration. (If in doubt, select this)
    2 - Proxy auto-configuration (PAC).
    4 - Auto-detect proxy settings.
    5 - Use system proxy settings (Default in Linux).
  5. Double click on network.proxy.http and enter the IP Address of your proxy server.
  6. Double click on network.proxy.http_port and enter the port of your proxy server.
  7. Repeat the above two steps for network.proxy.ssl and network.proxy.ssl_port

For your information, this is how my values look:
network.proxy.type = 1
network.proxy.http = 192.168.0.1
network.proxy.http_port = 8080
network.proxy.ssl = 192.168.0.1
network.proxy.ssl_port = 8080
That’s all. You can now close the about:config window. Now prism should start working over the proxy.

Seminar OSS Accelerated Adoption Zon Timur & Pelancaran POC OpenOffice.org di Sekolah-Sekolah Terengganu

Published August 27th, 2008 by ApOgEE


Hari ini 27 hb 8. 2008, berlangsung satu seminar bertajuk OSS Accelerated Adoption Zon Timur dan kemudiannya diikuti oeh pelancaran POC OpenOffice.org di sekolah-sekolah Terengganu di Dewan Besar Wisma Darul Iman Terengganu. Penulis Hardyw3b a.k.a ADI lah yang bertanggungjawab memaklumkan kepada saya tentang program dan sekaligus hari ini merupakan kali pertama saya bertemu dengan beliau.

Seminar yang dianjurkan oleh MAMPU, OSCC dan pejabat SUK Negeri Terengganu ini melibatkan sebahagian besarnya agensi kerajaan disamping peserta lain dari pelbagai cabang aplikasi sumber terbuka termasuk pengarah syarikat IT dan sebagainya.



Apa yang paling penting yang saya bawa pulang dari seminar ini ialah, sumber terbuka sedang diterima dan diimplementasikan dalam pelbagai sektor kerajaan termasuk sekolah-sekolah. Cukup hebat apabila saya mendapati sistem operasi yang digunakan semasa presentation ialah UBUNTU dan semestinya mereka menggunakan OpenOffice.org.

Kehebatan tidak terhenti disitu, sebagaimana yang telah anda baca dalam artikel sebelum ini berkaitan kerajaan pahang yang mengeluarkan pekeliling tentang penggunaan openoffice.org dalam komputer pejabat kerajaan negeri, rupanya proses ini sedang giat berlaku dan di terengganu, sekolah-sekolah bakal dibekalkan dengan perisian openoffice.org menggantikan microsoft office.

Saya sempat berkunjung ke booth UPSI dan mendapat penerangan yang agak panjang lebar dari petugas disitu tentang sistem online yang terdapat di UPSI. Petugas itu juga memperkenalkan saya kepada ubuntu yang dipasang menggunakan wubi. Saya berpura-pura baru mengetahui tentang perkara tersebut dan saya terkejut dengan penerangan petugas terbabit yang sangat lengkap dan dari pemerhatian saya, beliau adalah pengguna ubuntu yang berpengalaman!



Ya, sumber terbuka diaplikasikan dimana-mana sahaja. Anehnya, pengguna desktop biasa seolah-olah terpinggir dari arus semasa yang sedang melanda sektor awam negara. Berkenaan perkara tersebut, saya ajukan satu soalan cepu emas kepada pegawai MAMPU - soalannya mudah. Adakah MAMPU mempunyai perancangan jangka panjang menukarkan Microsoft Windows kepada sistem operasi sumber terbuka (linux - ubuntu sbg contoh)? Jawapan diberikan ialah YA! Dan semua komputer di agensi MAMPU kesemunya menggunakan UBUNTU. Selain itu, MAMPU menyokong mana-mana IPT yang ingin memperkenalkan sumber terbuka atau ubuntu kepada para pelajar.

Terdapat juga beberapa perkara lain yang sempat menarik minat saya. Antaranya ialah pembangunan perisian sumber terbuka tempatan yang dibangunkan oleh OSCC termasuk MyMeeting, MySurfGuard, MyNetWatch, My Workspace dan sebagainya. Oleh kerana perisian ini menganut fahaman open source, maka cara pembangunannya juga melalui komuniti.

Saya mencadangkan OSCC dan MAMPU menggunakan hubungan baik dengan pihak kerajaan supaya mendekati pelajar IPT memperkenalkan mereka kepada pembangunan open source dan seterusnya menggalakkan mereka untuk melibatkan diri dalam pembangunan sumber terbuka secara komuniti. Kita memerhatikan trend ini sudah berlaku di US dan negara-negara lain tetapi tidak di malaysia.

Secara kesimpulan, seminar ini berjaya memberi gambaran kepada saya tentang masa depan yang cerah perisian sumber terbuka di Malaysia. Percayalah, buat apa yang anda yakin!

Laporan penuh Ubuntu@iPT di Kolej ShahPutra

Published August 27th, 2008 by ApOgEE
OBJEKTIF : Mencari pengalaman, menetapkan asas program ubuntu@iPT, dan seterusnya memperkenalkan ubuntu kepada pelajar dan orang awam.

PENGISIAN : Memperkenalkan ubuntu melalui;
  • Penerangan face-to-face berserta soal jawab secara terus antara pengguna ubuntu berpengalaman dan pengunjung

  • Demo desktop untuk membolehkan pengunjung mencuba dan merasai sendiri antara muka ubuntu
  • Memberikan maklumat yang jelas tentang kebaikan menggunakan perisian sumber terbuka, linux dan ubuntu melalui penerangan bersemuka dan risalah, pamplet dan sebagainya
  • Testimonial sebagai contoh penggunaan ubuntu dalam sektor pendidikan, non-profit egencies dan sebagainya
  • Penyelesaian masalah dan khidmat nasihat berkaitan ubuntu serta perbincangan segar


PERSIAPAN BAHAN : Mengikut perancangan, persiapan adalah seperti berikut;
  • Banner
  • Pamplet
  • Demo PC (sekurang-kurangnya 3 buah)
  • Baju Ubuntu
  • Live CD (100CD)
  • Testimonial
  • Salinan E-MAJ (bacaan)
  • Salinan tutorial installasi


Semua persiapan berkaitan bahan-bahan yang memerlukan proses printing diuruskan oleh saya. Saya telah menempah banner, pamplet, cover cd, dan e-maj dari sebuah kedai bumiputra di kuala terengganu pada rabu 20 hb 8, namun selepas dari tarikh pesanan, pemilik serta ofis perkhidmatan printing tersebut gagal dihubungi sama sekali (termasuk handphone bos, telefon office, email dan premis berkenaan tutup sejak tarikh pesanan dibuat). Mujurlah saya belum membuat apa-apa bayaran semasa proses tempahan.

Ternyata kejadian tersebut sedikit sebanyak mengubah plan asal kepada berikut;

Banner - Kami perlukan banner untuk menyenaraikan senarai sponsor kepada program kami. Oleh kerana kami tidak sempat untuk menyiapkan banner, kami membuat satu perubahan dengan menyenaraikan senarai sponsor pada satu kertas A4 dan dilekatkan pada white-board disebelah logo program ubuntu@iPT.

Baju Ubuntu - Lebih kurang 2 minggu sebelum program ini berlansung, saya menerima tawaran dari seorang kenalan "online" yang mengatakan beliau sudi untuk menaja 10helai baju menggunakan design saya. Saya menerimanya dengan hati yang terbuka dan bangga. Namun, beliau gagal dihubungi sehingga sekarang.

Live CD - Kami merancang untuk menyiapkan 100CD ubuntu, 80-i386 dan 20-x64 untuk diedarkan dihari program. Percaya atau tidak, sdr WAN (ubuntuseekers) burn CD ubuntu tersebut secara manual (one-by-one). Sasaran 100CD tidak berjaya dicapai kerana kesuntukan masa dan CD yang tersalah burn.

Pamplet - Dalam perancangan, kami bercadang untuk menyediakan pamplet dalam jumlah yang besar (>1000 helai). Oleh kerana masa yang tidak mengizinkan, kami terpaksa print 100helai pamplet di cybercafe dengan harga yang biasa untuk color printing!

PERBELANJAAN :

DUIT MASUK :
Jomlinux.com = RM200
Sembangkomputer.com = RM100
MyDungun.net = RM50
Kongsiblog.com = RM40
JUMLAH = RM390

DUIT KELUAR :
Print Pamplet dan cover CD = RM210 (harga biasa untuk color printing di CC)
EMAJ & Testimonial = RM12
Sewa Booth : RM150
PERKAKASAN PLUG: RM25
CD kosong : RM67 (100keping)
JUMLAH = RM464

Defisit = -RM54

SAMBUTAN :
Program "Exploring Modern Sciences" yang sepatutnya menjadi faktor kepada jumlah pengunjung dilihat sebagai gagal. Kesimpulan ini berdasarkan kepada perkara berikut;
  • Program yang dirancang berlangsung dari 8:40pagi - 4:30 petang tidak berlaku. Program terhenti di tengah hari kerana Sheikh Muzaffar terpaksa rush ke tempat lain
  • Tidak ada program yang melibatkan kebanyakkan pelajar ShahPutra - yang ada hanya pelajar sekolah.
  • Booth didalam dewan kaca hampir tidak disedari kewujudannya melainkan pelajar ShahPutra yang melalui koridor bangunan tersebut.
  • Booth (selain dari ubuntu dan petronas) tidak ada kene mengena dengan kehidupan pelajar atau gagal menarik minat pelajar


Ia sama sekali bukan kegagalan team ubuntu. Ia kegagalan penganjur program! Namun sambutan agak memberansangkan menjelang tengah hari dengan kehadiran pelajar sekolah, staff ShahPutra dan segelintir pelajar kolej.

POST-MORTEM :
Saya senaraikan beberapa perkara untuk mendepani program akan datang;
  • Program - Program macam mana yang dirasakan berbaloi untuk diadakan promosi. JANGAN sekali-kali menyertai program yang tidak melibatkan pelajar/golongan sasaran secara lansung.
  • Persiapan - JANGAN sekali-kali buat kerja last minute
  • Memilih perkhidmatan yang boeh dipercayai atau diiktiraf boleh dipercayai
  • Menyediakan semua kelengkapan diperlukan walau sekecil manapun kelengkapan tersebut - gunting, pisau, pelekat etc.


KESIMPULAN : Secara keseluruhan, saya boleh beri 60% markah ditahap lulus. Jika program ubuntu@ipt diadakan sempena dengan program yang melibatkan pelajar kolej secara keseluruhan, saya yakin yang kami tidak akan menang tangan atau mungkin kami terpaksa mencari sukarelawan yang agak ramai. Apapun, kami telah berjaya meletakkan satu asas yang kukuh kepada program ubuntu@ipt dan kami boleh bercakap dengan yakin bahawa, setiap pengunjung yang datang ke booth kami, mereka telah mendapat gambaran yang jelas tentang ubuntu dan open source.

Langkah pertama sudah berayun. AYUH!


GALERi Gambar semasa program : Kualiti gambar hphone.












My T61 died for 2 days

Published August 26th, 2008 by fenris

What a nightmare that after finish my familyday @ langkawi my T61 died .. cant boot/turn it on …. i can’t do nothing and pick up the phone and call for warranty on site support on monday … today .. the IBM site engineer call for an appointment to fix it (change the motherboard) .. Here are some photos while T61 deassamble n reassamble back ..

Decode Base64 in Ubuntu using NSM-Console(HeX)

Published August 26th, 2008 by fenris
Ubuntu

While playing some games in the net asked by riverdell … the question need me to decode the base64 … after blurr for a while and asking my buddy how to decode the base64 then he wrote me this . Thanks so much to him for his tutorial .. and i owe him teh tarik …

Here are sample from nsm-console running on Hardy :

nsm> decode base64 ‘VldwSk5Gb3lVa2hQUjJSclRUSlJlbFJITlU5TlIwNTBWbTE0YTFJelVqSlpNakF4WWtkT2NFNVlWbUZYUmtZeVYycEtTbG95U25SUFZFNU5Xbm93T1QwOT09′

Decoding base64 –> ascii…
Output ([]’s added to show beginning and end):

[VWpJNFoyUkhPR2RrTTJRelRHNU9NR050Vm14a1IzUjJZMjAxYkdOcE5YVmFXRkYyV2pKSloySnRPVE5NWnowOT09==]

nsm> decode base64 ‘VWpJNFoyUkhPR2RrTTJRelRHNU9NR050Vm14a1IzUjJZMjAxYkdOcE5YVmFXRkYyV2pKSloySnRPVE5NWnowOT09==’

Decoding base64 –> ascii…
Output ([]’s added to show beginning and end):

[UjI4Z2RHOGdkM2QzTG5OMGNtVmxkR3R2Y201bGNpNXVaWFF2WjJJZ2JtOTNMZz09==]

nsm> decode base64 ‘UjI4Z2RHOGdkM2QzTG5OMGNtVmxkR3R2Y201bGNpNXVaWFF2WjJJZ2JtOTNMZz09==’

Decoding base64 –> ascii…
Output ([]’s added to show beginning and end):

[R28gdG8gd3d3LnN0cmVldGtvcm5lci5uZXQvZ2Igbm93Lg==]

nsm> decode base64 ‘R28gdG8gd3d3LnN0cmVldGtvcm5lci5uZXQvZ2Igbm93Lg==’

Decoding base64 –> ascii…
Output ([]’s added to show beginning and end):

[Go to www.streetkorner.net/gb now.]

I do need to further study in HeX in other to make it as such a useful tools .. thanks to rawpacket team

Ia bermula dengan imaginasi, ia berakhir dengan realisasi…

Published August 25th, 2008 by ApOgEE


Alhamdulillah, program ubuntu@iPT di kolej ShahPutra telah melabuhkan tirainya. Saya membuat keputusan menulis entri ini hari ini dan bukan semalam kerana kepenatan selepas terpaksa berulang-alik dari kuantan ke kuala terengganu.

Saya bertolak dari k.trg ke kuantan pada pagi ahad 24 hb, dan melakukan persiapan saat akhir hingga ke pukul 3 pagi 25hb. Ianya bukan sesuatu yang mudah kerana saya ditempat orang, serba tidak tahu, serba tidak kenal, serba penat, serba kekurangan. Mujurlah bro Wan (ubuntuseekers) banyak membantu dan saya kira beliau betul-betul seorang yang aktif dan berpotensi besar meskipun baru berusia 18 tahun.

Persiapan booth kami berada ditahap yang sederhana namun tidak menjadi penghalang kepada objektif utama kami iaitu memperkenalkan ubuntu kepada umum. Kesemuanya lengkap, ada pamplet, ada demo PC (untuk grafik, demo video dan live cd), ada bahan bacaan (e-maj) , ada testimonial, ada pelayan tetamu. Untuk bahan bacaan, testimonial, dan senarai penaja, kami menggunakan white-board dan menampalnya untuk memudahkan tatapan pembaca.

Laporan penuh program ini akan terbit sedikit masa lagi.

Ia bermula dengan imaginasi dan ia berakhir dengan realisasi. Alhamdulillah, kami telah mencuba yang terbaik dan terima kasih kepada semua yang terlibat termasuk Ubuntuseekers, Xordy, En.Zamri, dan semua kawan-kawan ubuntuseekers yang ramah tamah. Kalau ada sumur diladang, dapat hamba menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, dapat kita berjumpa lagi.

Live from ShahPutra : ubuntu@iPT

Published August 24th, 2008 by ApOgEE
Photobucket

Saya sekarang kat kolej shahputra kuantan. Semuanya seakan-akan berjalan sebagaimana dirancangkan dalam kadar yang sepatutnya, atau paling tidakpun dalam kadar yang boleh dibanggakan. Apapun akan jadi, esok insyaallah ubuntu akan diperkenalkan dikolej ini. Apapun akan jadi!




Kepada anda yang berada sekitar kolej shahputra kuantan adalah dialu-alukan untuk datang ke booth kami esok dari 8.30pagi hingga 4.30petang. Insyaallah saya akan melayan anda taraf VIP esok!

Kedai makan tak mesra top 2 Pandan Indah

Published August 24th, 2008 by admin

*Kali ni tak ada kena mengena dengan Linux

APS Corner (bawah bilik sewa), boleh je diorang buat bodoh bila saya panggil untuk order makanan.

Restoran Aliff, seberang APS corner. Tak seteruk APS, tapi pekerja kurang mesra, duit 5 ringgit tercabik sikit pun reject. Nasib baik ada backup sikit. Dah la duit kertas paling besar bulan ni ) Malas nak pergi dua-dua restoran tak guna ni. Ingat 5 ringgit murah ke. 2 jam kerja keras tu!!

Ni duit kasihan yang ditolak mentah-mentah dek keling tak guna tu. Ops…Terkasar bahasa pula. Bila hati dah marah (lagi-lagi bila dilanda masalah duit kewangan) macam tu la.

P/S: Keling= India muslim dalam dalam bahasa Melayu lama. Tapi dalam kes ni tak berapa pasti.

KIM KDE Image Menu - A Service Menu For Konqueror For Manipulating Images

Published August 23rd, 2008 by admin
A while back I wrote a blog post about the building of a service menu for KDE / Konqueror that enables the resizing of images using a simple right click & context menu. This is pretty cool - until you discover the hard work some developers have put into KIM (KDE Image Menu). KIM blows [...]

Tak boleh jalankan VMWare Server pada Ubuntu 8.04?

Published August 23rd, 2008 by admin

Pastikan anda telah:
sudo apt-get install build-essential

Jika anda dapat error seperti berikut

/usr/lib/vmware/bin/vmware: /usr/lib/vmware/lib/libgcc_s.so.1/libgcc_s.so.1: version `GCC_3.4′ not found (required by /usr/lib/libcairo.so.2)
/usr/lib/vmware/bin/vmware: /usr/lib/vmware/lib/libgcc_s.so.1/libgcc_s.so.1: version `GCC_4.2.0′ not found (required by /usr/lib/libstdc++.so.6)
/usr/lib/vmware/bin/vmware: /usr/lib/vmware/lib/libgcc_s.so.1/libgcc_s.so.1: version `GCC_3.4′ not found (required by /usr/lib/libcairo.so.2)
/usr/lib/vmware/bin/vmware: /usr/lib/vmware/lib/libgcc_s.so.1/libgcc_s.so.1: version `GCC_4.2.0′ not found (required by /usr/lib/libstdc++.so.6)
/usr/lib/vmware/bin/vmware: /usr/lib/vmware/lib/libgcc_s.so.1/libgcc_s.so.1: version `GCC_3.4′ not found (required by /usr/lib/libcairo.so.2)
/usr/lib/vmware/bin/vmware: /usr/lib/vmware/lib/libgcc_s.so.1/libgcc_s.so.1: version `GCC_4.2.0′ not found (required by /usr/lib/libstdc++.so.6)
umarzuki@umarzuki-desktop:~/vmware-server-distrib$ sudo ln -sf /lib/libgcc_s.so.1 /usr/lib/vmware/lib/libgcc_s.so.1/libgcc_s.so.1

Anda cuma perlu buat taip
sudo ln -sf /lib/libgcc_s.so.1 /usr/lib/vmware/lib/libgcc_s.so.1/libgcc_s.so.1